PH terpaksa kitar semua isu RM90 juta, kata Nik Abduh

Nik Mohd Abduh (dua kiri) merasmikan pelancaran Baby Box & Food Basket Papisma hari ini.
Nik Mohd Abduh (dua kiri) merasmikan pelancaran Baby Box & Food Basket Papisma hari ini.
A
A
A

BACHOK - Isu pimpinan Pas menerima dana RM90 juta sudah lama dimainkan dan ia dikitar semula kerana Pas dilihat sebagai ancaman kekuatan PH.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas parti paling ditakuti PH.

"Selepas PRU lalu, PH melihat Pas semakin kuat dan terus menyerang, bila tiada isu maka mereka terpaksa kitar semula," katanya.

Menurutnya, Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam menganggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap sebagai rakan parti.

Katanya, Pas sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kerana mahu melihat SPRM bebas daripada pengaruh politik seperti sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran program Baby Box & Food Basket anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) di Dewan Majlis Daerah Bachok, hari ini.

Artikel Berkaitan: