Wanita diburu dera anak kandung

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

DUNGUN - Seorang wanita berusia 25 tahun diburu polis kerana disyaki mendera anak kandungnya yang berusia 4 tahun.

Pada 31 Januari lalu, kanak-kanak malang berkenaan dibawa ke Hospital Dungun oleh nenek saudaranya kerana terdapat kesan cucuhan api rokok di perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, bukan sahaja kanak-kanak itu tetapi wanita berkenaan turut disyaki mendera seorang lagi anak lelakinya.

"Suspek dari kampung Cacar Baru, Paka dipercayai seorang penagih dadah.

"Nenek saudara mangsa berusia 40 tahun mengaku dua beradik berkenaan sering mengadu didera dan dipukul ibu mereka sendiri.

"Sejak Januari lalu, suspek dan adiknya dijaga wanita berkenaan ketika suspek keluar bekerja," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!