X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Bantuan RM500 kepada pemandu pelancong, teksi, bas dan e-hailing

Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

"Bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan 'one-off' sebanyak RM500 kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan kini turut memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

"Sukacita dimaklumkan, bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!