JPJ bantu polis di dua lokasi sekatan jalan raya

Mohd Zaki (tengah) memantau pelaksanaan SJR di Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur pada Isnin.
Mohd Zaki (tengah) memantau pelaksanaan SJR di Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 40 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dua lokasi sekatan jalan raya di ibu kota berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail berkata, anggota JPJ terbabit membantu anggota PDRM di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jalan Duta dan Sungai Besi.

"Hasil pemeriksaan mendapati pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan PKP dengan baik. Antaranya ialah dengan mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berwajib ketika melalui SJR," katanya ketika ditemui media di SJR Plaza Tol Jalan Duta di sini pada Isnin.

Mohd Zaki berkata, pihaknya sentiasa komited membantu PDRM sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

"Kita juga mempunyai anggota yang turut melaksanakan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, operasi secara bersepadu itu amat wajar bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Kita berharap agar masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP ini," katanya.

Artikel Berkaitan: