X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor benarkan operasi pasar pagi

Ng Sze Han
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor membenarkan operasi pasar pagi bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, persetujuan tersebut dibuat setelah penelitian dan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dilakukan.

Menurutnya, setiap PBT kawasan masing-masing akan menentukan kaedah pengurusan dan kawalan bagi pembukaan pasar pagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Memandangkan struktur dan operasi pasar pagi di setiap lokasi adalah berbeza, maka cara pengurusan dan kawalan bagi pembukaan pasar pagi akan ditentukan oleh setiap PBT mengikut kesesuaian dan keupayaan kawalan di kawasan masing-masing.

“Penjaja dan pengunjung pasar pagi dikehendaki untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!