Bantuan khas RM9.6 juta tetap diteruskan

Osman
Osman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan tetap meneruskan penyaluran bantuan khas berjumlah RM9.6 juta walaupun sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan susulan peningkatan kes Covid-19.

Yang Dipertuanya, Datuk Osman Muda berkata, pengagihan itu akan dimasukkan terus ke akaun Ketua Isi Rumah (KIR) selewat-lewatnya Rabu depan.

Menurutnya, pembayaran bantuan khas itu bagi meringankan bebanan golongan asnaf dalam membeli pakaian dan peralatan sekolah, walaupun kerajaan telah mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan Rabu ini ditangguhkan.

“Bantuan khas ini diluluskan bagi membolehkan golongan asnaf menyediakan pakaian dan peralatan sekolah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan pada Selasa lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, di sini pada Ahad.

Jelasnya, buat masa ini, pengumpulan data jumlah tanggungan terutamanya membabitkan murid dan pelajar setiap KIR golongan asnaf sedang diproses.

Katanya, setiap KIR yang mempunyai tanggungan tiga orang ke atas akan menerima bantuan khas sebanyak RM500 dan tiga ke bawah sebanyak RM300.

Artikel Berkaitan: