Kerajaan pertimbang lanjut waktu operasi restoran, kedai makan

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika bergotong-royong membersihkan Surau Al Jamaliah, Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit Pengerang yang terkesan banjir, hari ini.

 - Foto Bernama

A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan mempertimbangkan waktu operasi restoran dan kedai makan dari jam 8 malam kepada jam 10 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) ketika ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia susulan rayuan pengusaha restoran dan kedai makan yang mahu waktu operasi mereka dilanjutkan.

Katanya, rayuan tersebut telah dipanjangkan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tindakan lanjut.

"Kita akan pertimbangkan rayuan pemilik restoran dan kedai makan, namun semua tertakluk kepada situasi semasa Covid- 19 dan pendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Rayu lanjut waktu operasi kedai makan

Kerajaan perlu teliti semula had operasi kedai makan

PKP: Aktiviti ekonomi dibenarkan dengan had waktu

"Kerajaan amat memahami keperluan mereka (pemilik restoran dan kedai makan) yang mahu menghidupkan semula aktiviti ekonomi atas bantuan dan inisiatif kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian selepas menghadiri gotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Tembioh, Kota Tinggi yang menjadi antara Program Misi Bantuan Banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Misi 2021 pada Ahad.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika bergotong-royong membersihkan Surau Al Jamaliah, Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit Pengerang yang terkesan banjir, hari ini.

 - Foto Bernama
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika bergotong-royong membersihkan Surau Al Jamaliah, Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit Pengerang yang terkesan banjir, hari ini.

 - Foto Bernama

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Tambah Mohamed Azmin, kerajaan terpaksa menyediakan bantuan dan insentif tertentu kepada sektor ekonomi yang terjejas sekiranya PKP berlanjutan lebih dua minggu.

"Perkara itu sedang dibincangkan Kementerian Kewangan bagi memastikan sektor ekonomi tidak lumpuh," katanya.

Kerajaan pada 12 Januari lalu mengumumkan aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Kebenaran itu turut diberikan kepada penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan di tepi jalan, kios, kedai runcit serta kedai serbaneka

Terdahulu, Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan merayu agar kerajaan dapat menganjakkan waktu operasi kedai makanan sekurang-kurangnya sehingga jam 10 malam.