Peneroka haram diarah baiki struktur tanah

Anggota polis bantuan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut terkawal. [FOTO: MB INC]
Anggota polis bantuan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut terkawal. [FOTO: MB INC]
A
A
A

IPOH - Pejabat Tanah dan Galian Perak mengarahkan peneroka haram yang menceroboh tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) berhampiran Bukit Kledang, di sini untuk membaiki struktur tanah di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, kerja-kerja membaiki struktur tanah di kawasan akan bermula dalam masa terdekat.

Menurutnya, arahan itu turut merangkumi pembinaan saliran longkang dan penanaman semula pokok bagi mengelakkan daripada berlakunya hakisan cerun.

"Bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan terkawal, pihak MB Inc juga telah menempatkan anggota Polis Bantuan bagi memantau keadaan.

"Arahan ini adalah susulan penemuan aktiviti penerokaan tanah milik MB Inc dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang, seperti yang dilaporkan pihak media semalam," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, MB Inc dalam kenyataan medianya mengesahkan kerja-kerja tanah di lereng bukit Banjaran Kledang berhampiran Jalan Ipoh-Lumut seperti dilaporkan media merupakan aktiviti penerokaan haram.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah berlaku pencerobohan tanah di Perak!

Artikel Berkaitan: