Penunggang motosikal hanyut dalam longkang

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditunggang terbabas masuk longkang. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditunggang terbabas masuk longkang. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Seorang penunggang motosikal dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan air dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Taman Bertuah di sini pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.39 petang.

“Laporan awal yang diterima, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 53 tahun telah terbabas ke longkang yang mempunyai kedalaman tiga meter.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan arus air longkang dan operasi pencarian secara permukaan dilakukan sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, sehingga jam 8 pagi tadi, usaha menyelamat sedang dijalankan dan pihaknya masih mencari petunjuk bagi mengesan mangsa.

“Operasi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baharu, Unit Amal dan Komuniti Policing Pakat,” katanya.

Artikel Berkaitan: