Anwar hantar surat kepada semua MP rayu Agong batal darurat

Kenyataan Anwar pada Khamis.
Kenyataan Anwar pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam usaha merayu membatalkan pelaksanaan darurat di negara ini dan Parlimen boleh segera bersidang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua ahli Parlimen dan parti masing-masing.

“Semoga warkah ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat, seterusnya menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar