Polis adakan tujuh SJR di Kajang

PDRM
PDRM
A
A
A

KAJANG - Polis Kajang mengadakan tujuh sekatan jalan raya (SJR) dan beberapa penutupan jalan bagi mengurangkan pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, SJR itu dijalankan selaras dengan keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

"Lokasi SJR itu adalah hadapan Balai Polis Beranang, Jalan Broga, Plaza Tol Eco Majectic, susur keluar Plaza Tol Bandar Seri Putra, susur keluar Plaza Tol Bangi UKM dan susur keluar Plaza Tol Kajang dan Lebuhraya Besraya (Minion).

"Sementara itu, lokasi penutupan kekal (24 jam) adalah Jalan Bangi/Nilai," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan: