Amaran cuaca buruk, waspada di Sarawak sehingga esok

MetMalaysia pada Rabu mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 14 Januari.
MetMalaysia pada Rabu mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 14 Januari.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 14 Januari.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman manakala amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat sehingga Rabu.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/j dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh sama, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/j dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Sabah Barat dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan kejadian ini boleh menyebabkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: