X

Kindly register in order to view this article
!

Padah lagak 'superman' di lebuh raya

JSPT Bukit Aman menahan tiga penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban, awal pagi Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - Aksi 'superman' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini awal pagi Selasa, mengundang padah selepas dicekup polis menerusi Ops Samseng Jalanan.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi tiga penunggang itu dikesan sepasukan anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, penunggang itu dikesan melakukan aksi zig-zag, superman dan bersaing sesama sendiri.

"Kesemua mereka kemudian ditahan selepas berhenti di bahu jalan Plaza Tol Sungai Besi.

"Semakan mendapati, seorang daripada mereka adalah pelajar sekolah berusia 17 tahun. Kumpulan ini dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas makan di Seremban, Negeri Sembilan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, tiga buah motosikal jenis Yamaha 135LC telah disita untuk siasatan lanjut.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan seterusnya.

"Remaja berusia 17 hingga 18 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!