Hamzah Zainudin sah positif Covid-19

Datuk Seri Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi menteri keempat telah disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya pada Selasa, Hamzah telah disahkan positif Covid-19 awal pagi tadi selepas melakukan ujian saringan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, Ahli Parlimen Larut berkenaan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, beliau akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu

Menerusi kenyataan itu juga, semua kontak rapat beliau bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan ujian saringan Covid-19.
Artikel Berkaitan:


“Beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau,” katanya.

Pada Isnin Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi Ahad.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, turut disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam Sabtu manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober tahun lalu.