Kalau boleh sakit hamil Fizi nak tanggung

No Image Caption
A
A
A

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali, tidak sampai hati apabila melihat isterinya berdepan dengan pelbagai kesakitan yang dialami ketika ini.

Tambah pula isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan.

"Kalau boleh biarlah sakit orang mengandung itu suami yang tanggung.

"Tak sampai hati tengok bila isteri kita muntah-muntah, batuk, sesak nafas... lagi-lagi masa dia mengandung," luah Fizi di Instagram berserta gambar Shakilla sedang dalam rawatan.

Sementara itu, pada perkongsian sama, Fizi atau nama penuhnya Muhd Hafizudin Alimudin, 29, berkata, para suami di luar sana hendaklah melayan isteri mereka sebaik-baiknya.

"Harap para suami layankan sahaja apa yang isteri nak bila mengandung tu... walaupun tak masuk akal, ikutkan sahaja, bagi semangat dekat @shakillakhoriri," ujarnya kesian.

Pasangan Fizi dan Shakilla Koriri berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka mengikat tali pertunangan pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun bercinta.

Artikel Berkaitan: