Legenda Jepun King Kazu sambung kontrak baharu

Miura bakal membuat penampilan profesional bagi tahun ke-36 dalam kariernya.
Miura bakal membuat penampilan profesional bagi tahun ke-36 dalam kariernya.
A
A
A

LEGENDA bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura atau lebih terkenal dengan panggilan King Kazu hari ini secara rasmi melanjutkan kontrak bersama kelab Yokohama FC bagi musim 2021.

Istimewanya, pengumuman yang dibuat pada tarikh 11 Januari 2021 tepat jam 11.11 malam itu juga adalah simbolik kepada nombor jersi yang dipakai Miura bersama kelab Jepun itu.

Dengan pengumuman tersebut, Miura yang kini mencecah usia 53 tahun akan beraksi secara profesional dalam tahun ke-36 sejak memulakan kariernya secara profesional bersama kelab Santos pada tahun 1986.

Miura yang menyertai Yokohama FC pada tahun 2005 telah membuat penampilan sebanyak empat kali musim lalu.

Pada Mac 2017, Miura yang bakal mencecah usia 54 tahun pada 26 Februari muncul pemain paling tua membuat penampilan dalam perlawanan profesional ketik berusia 50 tahun dan tujuh hari.

Artikel Berkaitan: