WUIF sumbang 200 nashkah al-Quran kepada penduduk Simpang Renggam

Hashim (kanan) ketika menyerahkan sumbangan nashkah al-Quran kepada Maszlee (dua dari kanan) di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam pada Isnin.
Hashim (kanan) ketika menyerahkan sumbangan nashkah al-Quran kepada Maszlee (dua dari kanan) di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menyerahkan sebanyak 200 nashkah al-Quran kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik untuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

Sekretariat Wakaf Al-Quran WUIF, Hashim Anang berkata, penyerahan tersebut merupakan sebahagian daripada program Wakaf Al-Quran yang dilaksanakan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada Mac tahun lalu.

“Dalam program ini, kita telah menyumbangkan al-Quran kepada pekerja barisan hadapan di hospital seluruh negara termasuk hospital swasta dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Selain itu, kita juga memberikan sumbangan kepada pelbagai institusi seperti universiti dan masyarakat awam seperti yang kami lakukan hari ini melalui sumbangan nashkah al-Quran kepada penduduk daerah Simpang Renggam,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, Maszlee berkata, beliau berbesar hati menerima sumbangan naskhah al-Quran tersebut untuk diedarkan kepada masyarakat di kawasannya.

“Acara yang mendidik masyarakat untuk lebih dekat dengan al-Quran dan proses memahaminya perlu sentiasa kita sokong dan gerakkan bersama. Terima kasih kepada para pewakaf,” katanya.

Artikel Berkaitan: