X

Kindly register in order to view this article
!

Najib cadang sesi persekolahan 2021 ditangguhkan

A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina.

Menurutnya, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkaan situasi keadaan banjir belum reda, selain kes penularan Covid-19 yang semakin teruk dan ura-ura pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat di beberapa negeri Zon Merah.

"Kita boleh ganti hari persekolahan yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (9 hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari)," katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum sesi persekolahan bermula 20 Januari ini

Covid-19: PM buat pengumuman Isnin ini

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sesi persekolahan akan bermula mengikut takwim 2021.

Keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!