97 peratus netizen di Facebook setuju laksana PKP

Tangkap layar hantaran di Facebook Public Health Malaysia pada Jumaat berkenaan dengan undian perlaksanaan PKP yang dilakukan.
Tangkap layar hantaran di Facebook Public Health Malaysia pada Jumaat berkenaan dengan undian perlaksanaan PKP yang dilakukan.
A
A
A

SHAH ALAM - Undian yang dijalankan oleh akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) pada Khamis mendapati 97 peratus daripada responden mahu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa sekarang.

Menurut PHM, dapatan tersebut dikira daripada 13,100 responden yang mengambil bahagian dalam undian tersebut.

Sementara itu, pada Jumaat, penyertaan pengundian tersebut telah meningkat kepada lebih kurang 14,600 pengguna dengan 14,000 daripadanya bersetuju dengan pelaksanaan PKP manakala hanya 461 responden tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Pada masa sama, PHM turut berkongsikan pelbagai komen yang diberikan oleh pengguna Facebook melalui ruangan komen pada undian yang dijalankan itu.

“Kata seorang netizen, keadaan yang sangat kritikal ketika ini di mana sistem kesihatan telah terbeban dan kita tidak menunjukkan tanda pulih sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PKP mungkin langkah terbaik ketika ini

“Namun ada juga berpendapat berbeza dan tidak bersetuju. ‘Kami baru sahaja dapat kerja. Jika kerajaan laksanakan PKP, mohon berikan bantuan kewangan setiap bulan kepada rakyat’,” menurut hantaran PHM yang berkongsikan komen diberikan netizen terhadap isu berkenaan.

Selain itu, PHM turut menyatakan bahawa terdapat juga komen yang meminta supaya PKP tersebut dilaksanakan secara bersasar.

“Undian ini membayangkan kebanyakan rakyat telah bersetuju dan bersedia untuk PKP jika kerajaan laksanakan juga dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga menunjukkan pendapat perlunya kerajaan melakukan tindakan yang lebih besar impaknya untuk memulihkan situasi pandemik ketika ini,” menurut hantaran tersebut.