Isu RM90 juta, helah PH pancing undi

Mohd Fakaaruddin (tengah) bermesra dengan penduduk pada Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Tertutup Kuala Hau, di Temangan.
Mohd Fakaaruddin (tengah) bermesra dengan penduduk pada Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Tertutup Kuala Hau, di Temangan.
A
A
A
MACHANG - [DIKEMASKINI] Selepas kalah PRK Cameron Highlands baru-baru ini, PH dilihat cuba menyerang Pas dengan menghangatkan kembali isu RM90 juta bagi menjatuhkan kredibiliti parti itu seterusnya menarik sokongan rakyat kepada mereka.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaruddin Ismail berkata, selepas gagal menyerang Umno pada PRK Cameron Highland , PH dilihat semakin terdesak dengan mengitar semula isu Pas menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, PH tidak mahu kerjasama Pas dan Umno yang menunjukkan kejayaan terus menarik sokongan rakyat khususnya di kalangan orang Islam dan Melayu.

"Menyedari kerjasama ini yang berjaya, perang psikologi PH terhadap blok pembangkang tidak pernah surut.

"Kali ini, politik persepsi ditimbulkan dengan angka RM90 juta pula. Isu itu dijadikan modal untuk berkempen dalam PRK kali ini, sebelum ini angka RM1.6 bilion menjadi madah mereka untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Tertutup Kuala Hau, di Temangan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: