JKJAV perhalusi pelan pemberian vaksin Covid-19

A syringe for injection with a coronavirus vaccine, antiviral tablets and 2 syringes with red and yellow liquids on a white background
A syringe for injection with a coronavirus vaccine, antiviral tablets and 2 syringes with red and yellow liquids on a white background
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sedang memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperoleh kepada penduduk Malaysia.

Dr Adham Baba
Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat JKJAV yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin di sini petang Khamis.

Dr Adham melalui hantaran di laman Facebook rasminya berkata, mesyuarat turut membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan dalam memperoleh vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan bekalan vaksin daripada COVAX.

Sebelum ini, Khairy dilapor berkata, Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadual bermula Februari akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada hari Rabu depan. - Bernama

Artikel Berkaitan: