Arteta yakin Arsenal terus catat kejayaan

Sebahagian kesebelasan Arsenal yang masih segar dengan kemenangan 4-0 menewaskan West Brom 3 Januari lalu.
Sebahagian kesebelasan Arsenal yang masih segar dengan kemenangan 4-0 menewaskan West Brom 3 Januari lalu.
A
A
A

ARSENAL yakin mampu meneruskan catatan kejayaan pada aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris berdepan Newcastle di Emirates awal pagi Ahad nanti dalam usaha mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu.

Hasrat itu ditegaskan pengendalinya, Mikel Arteta berikutan prestasi cemelang The Gunners dalam tiga kemenangan berturut-turut saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang 3-1 ke atas Chelsea pada 27 Disember lalu, menang 1-0 ke atas Brighton (30 Disember) dan terbaru menewaskan West Brom 4-0 pada 3 Januari.

“Ia satu pencapaian yang baik untuk kita apabila memenangi tiga perlawanan terakhir EPL kerana ia bukan sesuatu yang mudah terutamanya dalam suasana keraian sambutan Krismas.

“Bagaimanapun, kami berjaya melakukannya dan saya sangat berharap semangat serta tenaga yang ada pada kesebelasan pemain ini dapat diteruskan pula dalam Piala FA. Berita baiknya, kami mungkin boleh menurunkan Thomas Partey pada perlawanan ini.

“Secara keseluruhan, kami adalah juara bertahan dan kami perlu terus mempertahankannya kerana kami tahu apa ertinya trofi berkenaan kepada kelab ini,” katanya.

Arteta
Arteta

Untuk rekod, Arsenal menewaskan Chelsea 2-1 pada aksi final di Wemblay pada 2 Ogos 2020 lalu.

Biarpun ketinggalan seawal minit ke-5 hasil jaringan Christian Pulisic, The Gunners bangkit menerusi dua jaringan penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 dan 67.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kemungkinan untuknya menurunkan Mesut Ozil pada aksi berkenaan, Arteta berkata, perkara itu akan difikirkan kemudian walaupun pemain Jerman itu masih mengikuti latihan pasukan.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak, lagi pun dia (Ozil) kini bebas untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab.

“Lagi pun, fokus kami kini adalah untuk mempertahankan trofi yang kami menangi Ogos tahun lalu di mana ia adalah aksi terakhir bagi musim berkenaan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia,” katanya.