Pence enggan guna perlembagaan pecat Trump

Mike Pence - Foto AFP
Mike Pence - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence menentang penggunaan Pindaan ke-25 Perlembagaan negara itu bagi memaksa Presiden AS, Donald Trump berundur daripada jawatannya sebelum bekas Naib Presiden negara itu, Joe Biden mengangkat sumpah jawatan Presiden pada 20 Januari ini.

Akhbar New York Times melaporkan pada Khamis, kuasa untuk memaksa Presiden berundur daripada jawatan dengan menggunakan Perlembagaan AS tidak pernah digunakan dalam sejarah negara tersebut.

Ia turut memetik seorang individu yang rapat dengan Pence menyatakan, beliau menentang satu langkah radikal dilakukan ke atas Trump.

Desakan supaya Trump meninggalkan jawatannya berlaku selepas para penyokongnya yang mendapat galakan daripada beliau telah menyerbu bangunan Capitol pada Rabu ketika undi elektoral Biden dan Trump sedang dikira di dalam Dewan Perwakilan AS.

Kongres AS yang mengandungi Dewan Perwakilan dan Dewan Senat juga dalam proses mengumumkan kemenangan Biden selepas Pilihan Raya Presiden AS diadakan pada 3 November tahun lalu ketika serbuan tersebut berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecat Donald Trump!

Detik-detik rusuhan di bangunan Capitol AS

Akhbar tersebut berkata, pendirian Pence mendapat sokongan daripada beberapa anggota Kabinet lain yang menyatakan tidak perlunya untuk menggunakan Pindaan ke-25 bagi memaksa Trump berundur daripada jawatannya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, anggota-anggota Demokrat di dalam Dewan Perwakilan menyatakan jika Pindaan ke-25 tidak digunakan, mereka akan melakukan pendakwaan ke atas Trump di dalam dewan tersebut selepas para penyokongnya menceroboh bangunan Capitol, Washington pada Rabu.

"Kami mempunyai tempoh waktu yang terhad untuk menguatkuasakan akta itu. Saya menyokong untuk mengemukakan pendakwaan secara langsung (ke atas Trump) di dalam dewan," kata kata Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, Jerry Nader seperti dilaporkan AFP. - Agensi