Jangan jadikan RoS sebagai alat politik: Anwar

ANWAR
ANWAR
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak sepatutnya dijadikan alat politik untuk digunakan dan dimanipulasi oleh pemerintah, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, hak-hak penubuhan parti politik termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan RoS menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti politik berdaftar adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

"Ketelusan serta kebertanggungjawaban harus ditegak dan diperkasakan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

RoS pada Rabu menolak permohonan pendaftaran Pejuang dan dan Muda sebagai sebagai sebuah parti politik berdaftar.

RoS menolak pendaftaran Pejuang atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur, manakala bagi Muda pendaftaran ditolak tanpa sebab.

Tambah Anwar, jika ketelusan dan kebertanggungjawaban ditegakkan, ia dapat menjamin anggota jabatan yang sedar atas tanggungjawab mereka dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan: