Tergamak rogol cucu saudara

Tertuduh (kiri) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
Tertuduh (kiri) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi, kerana merogol cucu saudara yang berusia 15 tahun.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Beliau turut mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 20 November lalu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Larak Pendek, di sini, pada jam 5 hingga 5.30 petang, 18 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:


Berita selanjutnya dalam Sinar Harian esok.