X

Kindly register in order to view this article
!

Pecat saya sekali lagi, kata Annuar Musa

Annuar pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa secara sinis meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat dirinya sekali lagi.

Ia berikutan kata Annuar, pemecatan yang diputuskan terhadapnya pada Selasa disifatkan tidak sah.

"Walaupun Presiden UMNO itu adalah Pengerusi BN, sepatutnya ia perlu mengambil kira pandangan parti-parti komponen lain bukannya pada peringkat Majlis Tertinggi UMNO.

"Jadi saya cadangkan, pecat saya sekali lagi pada mesyuarat BN," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sehingga kini beliau masih belum mendapat surat rasmi pemecatan tersebut.

"Saya tidak terima lagi, namun Setiausaha Agong BN yang baharu dilantik, Datuk Ahmad Maslan ada 'text' kepada saya. Dia jelaskan dia tak minta jawatan itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Annuar berkata, sepatutnya Ahmad tidak perlu berbuat demikian.

"Tidak perlu pun jelaskan kepada saya. Saya orang lama, saya tahu...," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, beliau berlapang dada menerima pemecatan tersebut.

"Saya reda dengan pemecatan ini dan akan terus berjuang serta istiqamah atas wadah UMNO," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan Ahmad sebagai Setiausaha Agong BN yang baharu menggantikan Annuar berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu diumumkan di dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!