561 kes denggi di Selayang dalam tempoh tiga bulan

No Image Caption
A
A
A
SELAYANG - Selayang mencatatkan 561 kes denggi dalam tempoh tiga bulan, antara November hingga Januari lalu.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, daripada jumlah itu,15 lokaliti disenaraikan sebagai kawasan hotspot dan tiga lokaliti wabak tidak terkawal.

"Kawasan hotspot termasuk Sungai Tua (Kampung Sungai Tua Bharu, Apartment Laksamana), Gombak Setia (Flat Pinggiran Batu Caves, Kg Changkat 23, Taman Sahabat, Kampung Simpang 3, Jalan Dewan, Taman Sri Gombak Pasar), Paya Jaras (Sri Indah A, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Matang Pagar, Apartment Impian Indah) dan Rawang.

"Tiga lokaliti wabak tidak terkawal direkodkan iaitu di daerah Templer ( Kuaters

IPD Gombak Zon A dan Selayang Baru Zon 16 ) dan Sungai Tua (Apartment Seri Gohtong)," katanya.

Beliau berkata, faktor penularan wabak denggi antaranya cuaca tidak menentu dan peningkatan pergerakan orang awam.

"MPS menyeru orang ramai mengambil langkah pencegahan dengan melakukan semburan aerosol, meletakkan ubat jentik-jentik (abate) ke dalam bekas takungan air di sekitar rumah dan memakai krim perlindungan nyamuk.

"MPS turut menggerakkan aktiviti gotong-royong membabitkan kerjasama semua pihak termasuk Ahli Majlis dan agensi kerajaan serta orang awam bagi membendung peningkatan kes denggi," katanya.

Artikel Berkaitan: