Bersatu tubuh ‘task force’ banjir, bantu mangsa seluruh negara

Tenggelam... Jambatan tidak dapat digunakan selepas tenggelami banjir selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lipis pada Isnin. - Foto Bernama
Tenggelam... Jambatan tidak dapat digunakan selepas tenggelami banjir selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lipis pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,650 sukarelawan dijangka terlibat dalam 'task force’ bantuan banjir yang akan digerakkan serta merta ke seluruh negara bagi membantu mangsa banjir, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menerusi kenyataan pada Isnin, beliau berkata, ‘task force’ ditubuhkan parti itu dengan kerjasama agensi berkaitan serta pemimpin tempatan supaya skop bantuan tidak bertindih antara satu sama lain serta dapat diuruskan dengan baik.

“Kehadiran sukarelawan ini kelak akan menjadi jambatan penghubung bantuan dan meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang dilanda musibah banjir.

“Saya yakin, jika kita semua ikhlas dalam menghulurkan bantuan ini, ia dapat memberikan sedikit kelegaan dan mengubat kedukaan mangsa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Selain itu, Ahmad Faizal menyeru semua peringkat kepimpinan Bersatu untuk berusaha dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada aspek bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat.

Ketika ini, negeri yang terjejas akibat banjir adalah Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: