X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa banjir di 4 negeri terus meningkat, Johor berkurangan

Tenggelam... Kelihatan bangunan-bangunan yang hampir ditenggelami banjir dan terputus hubungan selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lipis hari ini.
 - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Banjir di Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa setakat ini, manakala di Johor berkurangan sedikit dan di Kelantan pula kekal.

Di PAHANG, mangsa banjir terus meningkat kepada 13,626 mangsa ditempatkan di 200 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di sembilan daerah dengan Maran mencatatkan jumlah mangsa paling ramai sebanyak 3,926 mangsa.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan ini diikuti daerah Kuantan seramai 3,314 mangsa; Raub (1,688); Jerantut (1,458); Lipis (1,122); Temerloh (900); Rompin (772); Bentong (253) dan Pekan (193).

Sementara itu, ANIH Berhad dalam kenyataannya memaklumkan setakat 5 petang, KM84.6-KM84.7 Lanchang di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam 1 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Mohammad melihat kawasan ditenggelami banjir selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di daerah Lipis hari ini. - Foto Bernama
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Mohammad melihat kawasan ditenggelami banjir selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di daerah Lipis hari ini. - Foto Bernama

Di PERAK, jumlah mangsa banjir kini mencecah lebih 1,000 orang berbanding 894 orang tengah hari Isnin dengan melibatkan empat daerah, iaitu Muallim, Hilir Perak, Kampar dan Kuala Kangsar semuanya ditempatkan di 14 PPS.

Situasi sama turut berlaku di SELANGOR, apabila dua lagi PPS dibuka masing-masing di Bestari Jaya dan Hulu Bernam dengan jumlah mangsa bertambah kepada 174 orang, kata Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN), Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 1,044 orang dengan mangsa di daerah Kemaman bertambah kepada 844 orang susulan penambahan tiga lagi PPS menjadikan jumlah keseluruhan PPS ialah tujuh di daerah itu manakala di Dungun mangsa kekal 200 orang di tiga PPS.

Penduduk setempat, Raffe Zain Md Isa, 46, menyelamatlan anak-anak kucing yang kesejukan selepas rumahnya terjejas akibat banjir ketika tinjauan di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan hari ini. - Foto Bernama
Penduduk setempat, Raffe Zain Md Isa, 46, menyelamatlan anak-anak kucing yang kesejukan selepas rumahnya terjejas akibat banjir ketika tinjauan di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan hari ini. - Foto Bernama

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, tiga PPS yang baru beroperasi di Kemaman ialah Surau Haji Othman, Masjid Tebak Batu 16 dan Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor.

Mangsa banjir di JOHOR pula terus turun kepada 6,244 mangsa berbanding 6,991 mangsa pada 12 tengah hari Isnin susulan penutupan 10 PPS di beberapa daerah terjejas banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, daerah Kota Tinggi kini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,661 mangsa, diikuti dengan Kluang seramai 2,123 mangsa dan Kulai sebanyak 585 mangsa.

Keadaan banjir sekitar kawasan Mersing masih terkawal ketika tinjauan fotoBernama dengan menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Mersing hari ini. - Foto Bernama
Keadaan banjir sekitar kawasan Mersing masih terkawal ketika tinjauan fotoBernama dengan menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Mersing hari ini. - Foto Bernama

Katanya, beberapa jalan masih ditutup termasuk di Jalan Kota Tinggi-Mersing (Kubu), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Batu 16), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Risda), Jalan Kota Tinggi-Kluang (arked Mara), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas (Jambatan Sungai Semalok), Jalan Tai Hong, Jalan Tai Hong (rumah kampung), Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Semanggar (jambatan), Jalan Mawai Lama dan Jalan Sungai Telor.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Gua Musang masih kekal pada petang Isnin, dengan seramai 322 mangsa di tiga PPS iaitu 279 mangsa daripada 68 keluarga. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!