Peruntuk RM8 juta bantu mangsa banjir

Rina (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa banjir ketika meninjau ke daerah Raub pada Isnin
Rina (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa banjir ketika meninjau ke daerah Raub pada Isnin
A
A
A

RAUB - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi menampung pelbagai keperluan asas untuk mangsa banjir di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, keperluan tersebut antaranya seperti tikar, selimut, bantal, makanan kering, tilam toto, selipar, kain pelikat dan kain batik.

"Jumlah peruntukan ini melibatkan lapan depoh di seluruh Malaysia. Untuk negeri Pahang, sebanyak RM1 juta diperuntukkan, ” katanya kepada pemberita ketika melawat tiga pusat penempatan sementara (PPS) di Kampung Pia; Masjid Kampung Temau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kundang Patah di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Rina turut mengingatkan mangsa dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) serta mengamalkan normal baharu seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan: