Arab Saudi buka semula sempadan

Putera Mahkota, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada bulan lalu. - Foto AFP
Putera Mahkota, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi pada Ahad mengumumkan pembukaan semula sempadan dan turut menyambung semula penerbangan antarabangsa selepas perkhidmatan itu digantung sejak 21 Disember lalu bagi membendung penularan Covid-19.

Saudi Press Agency memetik kenyataan kerajaan memaklumkan sekatan ketat masih akan dilaksanakan terhadap individu yang tiba dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan atau negara yang telah merekodkan penyebaran varian baharu.

“Mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum memasuki Saudi selain keputusan ujian swab perlu menunjukkan negatif,” jelas laporan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, kes jangkitan di negara itu berada di bawah paras 100 buat pertama kali sejak Mac 2020 selepas sebanyak 82 kes jangkitan direkodkan.

Bulan lalu, Riyadh menjadi negara Teluk pertama melancarkan kempen vaksinasi secara besar-besaran menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech. - AFP

Artikel Berkaitan: