LRA Sungai Selisek henti tugas, lapan kawasan dijangka terjejas

Air Selangor
Air Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan kawasan di Hulu Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek terpaksa dihenti tugas pada 5.40 petang berikutan kenaikan air ke paras kritikal di muka sauk susulan hujan berterusan pada Ahad.

Ia melibatkan Kampung Sungai Nilam dan Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli, Kampung Bahom, Kampung Sekolah dan Kuarters Klinik serta Kampung Gesir Tengah.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih pada paras kritikal.

“Air Selangor juga perlu memastikan semua peralatan LRA berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan Air Selangor terutama yang melibatkan arus elektrik,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi laman sesawang www.airselangor.com dan pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama

Artikel Berkaitan: