Aksi Burnley-Fulham ditunda

FULHAM terpaksa menunda aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut selepas sesi ujian Covid-19 yang dijalankan mereka menunjukkan semakin banyak keputusan positif.
FULHAM terpaksa menunda aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut selepas sesi ujian Covid-19 yang dijalankan mereka menunjukkan semakin banyak keputusan positif.
A
A
A

FULHAM terpaksa menunda aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut selepas sesi ujian Covid-19 yang dijalankan mereka menunjukkan semakin banyak keputusan positif.

"Susulan pertambahan keputusan positif dalam ujian Covid-19, kelab ini boleh mengesahkan bahawa perlawanan menentang Burnley pada Ahad ini ditunda selepas perbincangan bersama Liga Perdana dan nasihat daripada pasukan perubatan.

"Mereka yang diuji positif sedang menjalani pengasingan kendiri sejajar dengan panduan kerajaan United Kingdom dan Liga Perdana. Kebajikan pemain, staf dan keluarga mereka akan terus menjadi kepentingan utama," menurut kenyataan Fulham pada Sabtu.

Penangguhan aksi di Turf Moor itu sudah pasti memberi tamparan hebat kepada pihak Liga Perdana yang sebelum ini menegaskan bahawa EPL akan tetap diteruskan meskipun tahap jangkitan pesakit Covid-19 di United Kingdom (UK) semakin meningkat.

Dengan kebanyakan daerah di negara itu sedang menjalani perintah berkurung yang ketat, Liga Perdana mengesahkan sebanyak 18 pemain dan pegawai pasukan telah diuji positif sepanjang minggu ini.

Pada Rabu lalu, pihak Liga Perdana menunda perlawanan antara Fulham dan Tottenham Hotspur tiga jam sebelum sepak mula selepas beberapa ahli anggota skuad kendalian Scott Parker itu didapati positif pandemik berkenaan.

Ia merupakan aksi EPL keempat ditunda disebabkan jangkitan Covid-19. Pada awal Disember lalu, aksi antara Newcastle United dan Aston Villa terpaksa dibatalkan manakala pada Isnin lalu, Manchester City memohon perlawanan menentang Everton dianjakkan selepas tiga pemainnya diuji positif.

Artikel Berkaitan: