X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Johor 'restu' Muhyiddin bertanding lagi di Pagoh

Muhyiddin
A
A

KOTA TINGGI - UMNO Johor sedia memberi laluan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, hasrat tersebut sudah pun disampaikan UMNO negeri kepada pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

"UMNO Johor sudah beri gambaran kepada pucuk pimpinan. Kita harus beri laluan (Tan Sri) Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh pada PRU15. Muhyiddin seharusnya diberi laluan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara berucap semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO bahagian itu di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan, UMNO akan meletakkan calon sendiri di Parlimen Pagoh pada PRU15, sekali gus menandakan Muhyiddin akan dicabar parti daripada Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin menjadi Ahli Parlimen Pagoh sejak tahun 1978 ketika bersama Barisan Nasional (BN) dan mempertahankannya pada PRU14 dengan bertanding buat pertama kali atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Adham berkata, antara faktor yang diambil kira bagi pendirian tersebut ialah pengalaman dan kecekapan Muhyiddin selaku Perdana Menteri mentadbir negara terutamanya ketika berdepan pandemik Covid-19.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, usaha dan kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!