Amaran hujan lebat di Johor, Pahang

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan sangat lebat dijangka berterusan pada Sabtu di Johor iaitu di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian sehingga esok.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang sehingga esok iaitu di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran cuaca waspada (kuning) dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta Kelantan dan Terengganu, manakala di Tangkak dan Muar, Johor sehingga Isnin.

“Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau, dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat hari ini,” kata kenyataan itu di sini pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: