Tarik semula tuduhan Bersatu ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO: Saiful

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memohon maaf dan menarik tuduhan kenyataan Bersatu ‘mencuri’ serta ‘membeli’ ahli-ahli UMNO.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda UMNO menyebut ‘setiap yang menyertai Bersatu dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000’ itu tidak dapat diterima sama sekali.

“Saya memandang berat tuduhan beliau bahawa Bersatu mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO malah dengan tegasnya menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini.

“Saya menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik tuduhan ini serta-merta,” katanya menerusi satu hantaran pada Facebook miliknya pada Sabtu.

Sehubungan itu, Wan Saiful berkata, beliau akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO itu mengeluarkan satu kenyataan mengenai Bersatu mesti hentikan segera ‘curi’ dan ‘beli’ ahli-ahli UMNO jika mahu selamatkan kerjasama.

Beliau berkata, fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan sebegini akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat Bersatu ditubuhkan serta gabungan besar parti Perikatan Nasional (PN) diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.

Artikel Berkaitan: