Dua cedera helikopter terhempas

Sebuah helikopter terhempas di West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian jam 10 pagi tadi.
Sebuah helikopter terhempas di West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian jam 10 pagi tadi.
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Dua cedera apabila sebuah helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbsine mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera itu dikenali sebagai Khairudin Dahlan,73, (juruterbang) dan Moithu Kutti Mohamad berusia 53 tahun.

"Kejadian melibatkan helikopter dua tempat duduk yang telah mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norazam berkata, tiada sebarang insiden kebakaran berlaku melibatkan helikopter berkenaan susulan kejadian tersebut.

Tambahnya, mangsa turut berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans West Port.

Artikel Berkaitan: