Perdana Menteri garis lima keutamaan sepanjang 2021
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan lima keutamaan kerajaan pada tahun 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca Covid-19.
Jelas beliau, keutamaan pertama ialah mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin Covid-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara.
Tambahnya, keutamaan kedua ialah memperkukuh ekonomi prihatin rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca Covid-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Ketiga, memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi yang mampan;
"Keempat, menjamin kedaulatan negara terpelihara dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa diperhebat.
"Kelima, memperkukuh hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu menentang sebarang ancaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman pertahan Palestin
Kerajaan sentiasa terbuka terima pandangan, kritikan - Adam Adli
Pelancong China mirip Ustaz Azhar Idrus
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Wanita lintas jalan sehingga akibatkan kemalangan direman
Dua ekor ular datang 'beraya'
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir