Polis Klang Selatan nafi tutup 7 jalan malam ini

Shamsul Amar
Shamsul Amar
A
A
A

KLANG - Polis Klang Selatan menafikan mesej tular yang mendakwa penutupan tujuh buah jalan di daerah Klang Selatan selama 14 hari bermula tengah malam ini sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara itu adalah palsu dengan merujuk kepada laporan sebuah akhbar dalam talian pada 30 Mac lalu.

"Ia kemudiannya telah disebarkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kegusaran dan suasana tidak tenteram kepada masyarakat," katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Dalam pada itu, Shamsul Amar menasihati masyarakat agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang bentuk berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan kegusaran dan suasana yang tidak tenteram kepada masyarakat.

"Sekiranya didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998," katanya.

Artikel Berkaitan: