Petugas, keluarga Penjara Bentong dikuarantin serta-merta

COVID1
COVID1
A
A
A

KUANTAN - Semua petugas dan keluarga Penjara Bentong dikuarantin berkuatkuasa serta-merta sehingga selesai disaring dan disahkan negatif bagi mengekang risiko penyebaran Kluster Tembok Mempaga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, langkah itu diambil berikutan 282 kes baharu yang direkodkan daripada kluster itu pada Selasa.

Kes tersebut merupakan jangkitan dalam kalangan kontak rapat seorang tahanan baharu yang dipindahkan ke Penjara Bentong dan diisytiharkan sebagai Kluster Tembok Mempaga.

"Kebanyakan penjara di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerima kemasukan kerana berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan tahanan Mahkamah Lembah Klang termasuk Petaling Jaya (zon merah) terpaksa dihantar ke Pusat Transit Tahanan (PTP) atau Penjara Bentong.

"Bagaimanapun, ketika ini risiko jangkitan daripada kluster itu rendah dan penyebaran hanya berlaku dalam kalangan penghuni penjara sahaja," menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bentong memberi jaminan kebajikan dan keperluan harian petugas dan keluarga di Penjara Bentong yang dikuarantin akan dijaga dengan baik.

Artikel Berkaitan: