RCI langkah terbaik, kata menteri

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

PUTRAJAYA - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal merupakan langkah terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, langkah itu juga telah dipersetujui bersama pihaknya.

"Saya juga menyambut baik hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi menyelaraskan tindakan dan isu berkaitan halal yang akan turut dianggotai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Zulkifli berkata, beliau berharap agar usaha tersebut akan dipermudahkan demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.

"Terima kasih kepada umat Islam di Malaysia kerana terus teguh meyakini kualiti dan standard halal Jakim yang telah diiktiraf di peringkat global," katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju dan menyokong penuh penuh cadangan untuk menubuhkan RCI bagi tujuan tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, Jawatankuasa Perundangan Khas Halal telah ditubuhkan bagi membuktikan kerajaan memandang serius terhadap isu kartel daging haram.

Artikel Berkaitan: