Tiga syarikat pengeluar daging terbesar dijamin halal

Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal. Foto Bernama
Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid.

Oleh itu, beliau berkata, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan.

"Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar di media sosial yang menyebarkan pelbagai andaian dan dakwaan kartel daging ini adalah haram dan sudah berlaku lebih 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di syarikat pengimport daging sejuk beku di Fatric Sdn Bhd di Selayang, di sini pada Selasa.

Rosol berkata, lawatan ke syarikat tersebut bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa bekalan daging yang terdapat di pasaran adalah halal.

Terdahulu di Dewan Negara pada Selasa, Rosol berkata, sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah pada Rabu kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaannya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat dalam perkara yang menimbulkan keresahan umat Islam di negara ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: