Pegawai tadbir negeri bukan sekadar ‘yes man’

Osman merasmikan Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Persada Johor, hari ini.
Osman merasmikan Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Persada Johor, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pegawai tadbir negeri perlu bijak memainkan peranan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pegawai tadbir negeri bukan lagi hanya sekadar menjalankan tugas dan menurut perintah semata-mata tanpa usul periksa, atau menjadi ‘yes man’.

“Pegawai tadbir negeri perlulah mampu berfikir, bertindak secara profesional dan memberikan pandangan bila diperlukan demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Apa yang penting pandangan yang diberi hendaklah ikhlas dan dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Persada Johor di sini, hari ini.

Menurutnya, pegawai tadbir selaku barisan hadapan kepada kerajaan negeri diseru agar melaksanakan tugas mengikut amanah diberikan dengan jujurnya.

“Malah pegawai tadbir negeri juga adalah teraju utama yang bertanggungjawab melaksanakan segala dasar dan program diputuskan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

“Anda semua mesti kuat dan hebat agar segala hasrat dan cita-cita kerajaan tercapai seperti yang disasarkan,” katanya.

Osman berkata, pertemuan pegawai tadbir membabitkan empat negeri berkenaan diharapkan tidak hanya terbatas kepada kejohanan sukan sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Cadangan saya, mungkin di masa akan datang diadakan sesi forum dan perkongsian pengalaman dalam semua aspek dan kepelbagaian bidang. Mana-mana penghasilan bijak hendaklah dikongsi dan dimurnikan secara bersama,” katanya.

Seramai 600 pegawai tadbir negeri bagi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu terlibat dalam program tersebut yang berlangsung bermula 7 hingga 10 Februari ini.

Lapan acara sukan akan dipertandingkan iaitu golf, futsal, badminton, bola jaring, bola tampar, karom, e-sukan dan boling.