'Jakim diam bersebab, isu seludup daging luar bidang kuasa'

Dr Sirajuddin Suhaimee
Dr Sirajuddin Suhaimee
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu penipuan penyeludupan daging kerana ia berada di luar bidang kuasa jabatan tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya bukan sengaja 'berdiam diri' seperti didakwa, sebaliknya tindakan itu diambil kerana persoalan dikemukakan masyarakat adalah di luar tanggungjawab Jakim.

"Walaupun masyarakat menganggapnya adalah tanggungjawab Jakim tetapi hakikatnya ia tidak.

"Tambah lagi, siasatan berkenaan perkara itu sedang dijalankan pihak berkuasa yang berkaitan, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja mereka dengan kenyataan-kenyataan tidak sepatutnya yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik," katanya pada sesi Facebook Live bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Isnin.

Katanya, dalam isu berkaitan pengimport dan penyeludupan daging tak halal serta pemalsuan logo halal ini juga ia melibatkan banyak agensi kerajaan dan bukan Jakim semata.

"Jika Jakim keluarkan kenyataan ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi A atau agensi B. Setiap agensi terlibat mempunyai bidang kuasa masing-masing, ada yang mengawal berkaitan permit, ada yang mengawal di pintu masuk dan sebagainya," katanya.

Carta aliran proses import daging ke Malaysia.
Carta aliran proses import daging ke Malaysia.

Sementara itu, mengulas berhubung proses mengimport daging ke Malaysia serta peranan yang dimainkan Jakim, Sirajuddin berkata, dalam proses pengimportan daging ia melibatkan beberapa agensi dan proses awalnya, permohonan untuk mengimport itu akan bermula dengan permohonan daripada pihak industri.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selepas permohonan diterima, semakan akan dibuat sebelum satu sesi dinamakan pengauditan di lapangan akan diaturkan.

Katanya, dalam sesi pengauditan di lapangan ini, Bahagian Halal Jakim bersama pasukan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan ke luar negara dan jika perlu akan membawa juga pasukan dari Bahagian Kawalan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pemeriksaan di rumah sembelihan yang terlibat.

"Pihak DVS akan memeriksa dan melihat dari segi prosedur operasi standard (SOP), keselamatan daging dan sebagainya, sementara Jakim akan melihat dari sudut penyembelihan yang dilakukan di lokasi sama ada ia dilakukan oleh orang Islam, sembelihan dibuat sempurna bersesuaian dengan Malaysia Protocol for the Halal Meat serta MS1540:2009 termasuk perlu mengikut hukum syarak bagi memastikan haiwan itu sah kehalalannya.

"Jakim juga akan melihat sehingga proses daging itu dibungkus ke dalam kotak bagi memastikan tiada keadaan yang mencemari daging halal itu daripada dijual kepada masyarakat atau diimport kerajaan Malaysia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

Menurutnya, setelah hasil audit dilaksanakan pihaknya bersama DVS di luar negara, barulah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Makanan akan mengeluarkan senarai nama rumah sembelih yang diberi kelulusan untuk mengeksport daging ke Malaysia dan semakan senarai boleh dibuat di laman web rasmi DVS.

"Jadi peranan Jakim hanya sampai di peringkat itu sahaja kerana selepas senarai rumah sembelih dikeluarkan, maka pengimport-pengimport daging di Malaysia akan mendapatkan permit daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk membawa masuk daging ke negara.

"Selepas permit diperoleh daging tersebut akan dibawa dari rumah sembelihan sehingga ke pelabuhan Malaysia. Apabila sampai di pintu masuk pelabuhan negara ia sudah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Maqis untuk melepaskan produk itu masuk ke dalam negara.

"Setelah itu, ia akan dipindahkan ke gudang sehingga dibawa masuk ke pasar raya. Kini produk tersebut akan berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

SIARAN LANGSUNG : SOP SIJIL HALAL, DIMANA SILAPNYA? Bersama YBGH Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee (Pengarah Bahagian Penyelidikan)

SIARAN LANGSUNG : SOP SIJIL HALAL, DIMANA SILAPNYA? Bersama YBGH Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee (Pengarah Bahagian Penyelidikan)

Posted by Mutiara Hati on Sunday, December 27, 2020

Pembongkaran kartel tukar daging haram jadi halal

Pembongkaran kartel tukar daging haram jadi halal Pembongkaran eksklusif Sinar Harian mengenai kartel daging seludup menemui kejutan menggemparkan. Bukan sahaja daging diseludup dari negara yang tidak disahkan Jakim seperti Ukraine, Brazil dan Argentina. Malah, siasatan pihak berkuasa mendapati gudang kartel di Senai, Johor Bahru itu turut menerima kemasukan daging babi. Berita penuh di https://bit.ly/3mLX3T2 https://bit.ly/344Huyz #sinarharian #premium #kartelseludupdagingharam

Posted by Sinar Harian on Saturday, December 5, 2020