Kartel daging: Salahuddin bidas kenyataan Najib

Salahuddin Ayub, Najib Tun Razak
Salahuddin Ayub, Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub membidas kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa isu kartel daging haram tidak pernah timbul sepanjang pentadbirannya.

Salahuddin menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Najib adalah tidak berasas dan tidak betul.

Beliau berkata, Najib seharusnya turut sama menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah berkenaan.

“Amboi. Mulut tak ada insurans.

“Kalau berani mari sama-sama perjuangkan supaya RCI ditubuhkan untuk siasat kes ni,” ciap Salahuddin di Twitternya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada isu kartel daging ketika jadi PM: Najib

Terdahulu, Najib mendakwa isu kartel daging diragui halal yang dilaporkan telah berlaku sejak 40 tahun lalu tidak pernah timbul sepanjang tempoh beliau bergelar Perdana Menteri dari 2009 hingga 2018.

Menurutnya, beliau juga telah memeriksa perkara tersebut dengan menteri-menteri berkaitan pada masa itu dan mereka mengesahkan tiada aduan pernah diterima selain media juga tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang tempoh berkenaan.

Susulan itu, beliau menggesa agar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Timbalannya, Fuziah Salleh dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menjawab tentang status siasatan berhubung skandal kartel daging berkenaan sepanjang tempoh empat bulan mereka menyiasat.

Artikel Berkaitan: