Menyamar peminta sedekah sebelum rompak, polis tak terima laporan

Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu tidak bertanggungjawab (Suffian Sulaiman)
Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu tidak bertanggungjawab (Suffian Sulaiman)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kes dua warga tempatan yang dikatakan menyamar sebagai peminta sedekah sebelum merompak dengan bersenjatakan pisau di belakang kedai perabot di Kampung Gong Pauh, di sini seperti ditularkan dalam aplikasi WhatsApp.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, setakat ini tiada laporan dan maklumat daripada mangsa kes rompakan sebagaimana didakwa selain tiga rekod kes rompakan menggunakan modus operandi sama

"Setakat ini tiada maklumat yang diterima berhubung insiden tersebut di lokasi terbabit.

"Polis memberi amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab berhenti menularkan sebarang berita tidak sahih serta menimbulkan panik dan mengganggu gugat ketenteraman orang awam atau bakal berhadapan dengan tindakan tegas di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, Suffian menasihatkan orang ramai agar membuat semakan melalui pihak polis untuk mendapatkan pengesahan terhadap sebarang maklumat yang ditularkan bagi mengelak berlakunya penyebaran berita palsu.

Terdahulu, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej yang meminta penduduk di sekitar kawasan Kampung Gong Pauh dan Wakaf Mempelam agar berhati-hati kerana berlaku rompakan berhampiran lokasi berkenaan.

Menerusi mesej itu, perompak dikatakan menyamar sebagai peminta sedekah selain memaklumkan terdapat tiga kes rompakan dan samun berlaku di kawasan berkenaan dengan dua suspek yang dikatakan orang tempatan bersenjatakan pisau atau golok.

Artikel Berkaitan: