Dyche yakin bekas trio Leeds beraksi cemerlang di Elland Road

Chris Wood (kiri) dan Charlie Taylor, dua bekas pemain Leeds United yang kini beraksi dengan Burnley.
Chris Wood (kiri) dan Charlie Taylor, dua bekas pemain Leeds United yang kini beraksi dengan Burnley.
A
A
A

PENGENDALI Burnley, Sean Dyche optimis tiga bekas pemain Leeds United Chris Wood, Charlie Taylor dan Bailey Peacock-FarrellChris Wood, Charlie Taylor dan Bailey Peacock-Farrell berkenaan akan memberikan aksi terbaik berdepan ‘bekas’ majikan mereka di Elland Road, pada Ahad.

Menurut Dyche, kesemua pemain berkenaan dilihat begitu bersemangat menjelang perlawanan berkenaan dan ini memberikan petanda baik buat skuad The Clarets itu menjelang perlawanan berkenaan.

Sekali gus katanya, ia memberikan petanda baik buat skuad kendaliannya itu yang sangat memerlukan kemenangan untuk keluar dari ‘zon bahaya’ ketika ini.

“Bagi saya, ketiga-tiga pemain berkenaan telah banyak menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka sejak akhir-akhir ini tetapi menerusi cara yang berbeza.

“Bailey menunjukkan peningkatan di gawang gol manakala Charlie Taylor pula dilihat beraksi cemerlang setakat ini di benteng pertahanan dan kami tahu dia juga pemain yang pantas.

“Manakala, gol-gol jaringan Woody (Chris Wood) membuktikan dia kini berada pada prestasi yang cukup baik,” katanya.

Burnley kini berada pada kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 13 mata hasil tiga kemenangan, empat seri dan tewas enam kali daripada 13 perlawanan setakat ini.

Sementara itu Dyche menyifatkan Wood dan Taylor menyertai Burnley pada 2017 manakala Bailey menyertai skuad The Clarets itu pada 2019 sebagai pembelian yang berbaloi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan secara tidak langsung dilihat menjadi sebagai antara pemain tonggak yang membantu Burnley untuk bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

“Ketiga-tiga pemian ini nyata satu pembelian yang berbaloi buat kita. Kini, mereka bakal berdepan dengan ‘bos’ lama mereka Leeds United yang telah kembali ke saingan EPL.

“Apa pun, kita tetap yakin mereka akan tetap memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan pasukan,” katanya.