Isu air: Penyelesaian di mahkamah langkah terakhir, kata MB Kedah

Muhammad Sanusi (kanan) mengendalikan jentera pengorek tanah sebagai simbolik pecah tanah pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pas dan Kompleks Pendidikan Kawasan Jerlun di Kampung Lana Bulu, Ayer Hitam pada Jumaat. - Foto Bernama

A
A
A

JERLUN - Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata, pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.

“Sekarang kita runding dahulu di antara kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang, lagipun kita sama-sama dalam Malaysia.

“Tetapi, sekiranya (temui) jalan buntu lagi, isu ini boleh dibawa ke mahkamah dan itu merupakan jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri,” katanya yang ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pas Jerlun di sini pada Jumaat.

Muhammad Sanusi (kanan) mengendalikan jentera pengorek tanah sebagai simbolik pecah tanah pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pas dan Kompleks Pendidikan Kawasan Jerlun di Kampung Lana Bulu, Ayer Hitam pada Jumaat. - Foto Bernama
Muhammad Sanusi (kanan) mengendalikan jentera pengorek tanah sebagai simbolik pecah tanah pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pas dan Kompleks Pendidikan Kawasan Jerlun di Kampung Lana Bulu, Ayer Hitam pada Jumaat. - Foto Bernama

Beliau ditanya sama ada kerajaan negeri akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang tetap enggan membayar caj air yang dituntut kerajaan Kedah.

Pada Khamis, Muhammad Sanusi memberi bayangan akan meminta campur tangan kerajaan Persekutuan jika Pulau Pinang tetap enggan menerima pelawaan kerajaan Kedah untuk berunding.

Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah dari Sungai Muda sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010, namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Isu air: Pulau Pinang tak akan bayar satu sen kepada Kedah

Caj air mentah: Kedah mahu bayaran bukan sumbangan

Kedah perlu tuntut pampasan dari Persekutuan bukan Pulau Pinang

Tak wajar Kedah berkorban, Pulau Pinang kaut untung percuma