Anwar mahu Larry Sng terus khidmat, tumpu PRN Sarawak

Anwar ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Malis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah di Alor Setar pada Khamis.
Anwar ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Malis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah di Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak berdepan kemelut kepimpinan serius susulan pengerusinya, Larry Sng Wei Shien meletakkan jawatan pada Isnin lalu, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan segera berbincang dengan Wei Shien berhubung tindakannya itu, malah mahu beliau meneruskan khidmat buat sementara waktu ini.

Menurutnya, permasalahan itu akan segera diselesaikan memandangkan tumpuan harus diberikan untuk berdepan PRN Sarawak.

“Cadangan Wei Shien itu kita bawa dalam mesyuarat. Saya akan bincang dengan beliau dalam sehari dua ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah pada Khamis.

Anwar berkata demikian ketika mengulas andaian sesetengah pihak bahawa PKR Sarawak kini goyah susulan Ahli Parlimen Julau itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sarawak.

Wei Shien yang dilantik memegang jawatan itu pada Mac lalu mahu pemimpin suku kaum Dayak mengetuai PRN Sarawak ke-12 dan percaya ia adalah keputusan terbaik bagi PKR Sarawak.

Menurutnya, majoriti penduduk di Sarawak merupakan kaum Dayak mewakili 43 peratus penduduk dengan perwakilan Melayu dan Cina hanya 24 peratus.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pihaknya bersedia menerima cadangan daripada PKR Sarawak siapa difikirkan layak mengemudi parti sekiranya Wei Shien tetap dengan pendiriannya melepaskan jawatan.

Artikel Berkaitan:

“Saya serah kepada negeri untuk bincang siapa pilihan mereka, namun buat masa ini mereka mohon agar Wei Shien terus memegang jawatan untuk sementara waktu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang pemimpin Dayak terajui PKR Sarawak