Pembayaran zakat menerusi Shopee keputusan majlis agama negeri

Dr Zulkifli ketika sidang media pada Majlis Perjumpaan Menteri bersama Selebriti Dakwah di Movenpick Hotel And Convention Centre hari ini. Foto Bernama
Dr Zulkifli ketika sidang media pada Majlis Perjumpaan Menteri bersama Selebriti Dakwah di Movenpick Hotel And Convention Centre hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Pembayaran zakat melalui platform e-dagang, Shopee merupakan keputusan Majlis Agama Islam setiap negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dibuat menerusi Pejabat Mufti bagi negeri terbabit.

"Untuk masalah siapa yang boleh dilantik sebagai ejen zakat, wakil dan seumpamanya itu biasanya pengalaman saya (telah) mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri iaitu Jabatan Mufti," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Tausiyah bersama pendakwah selebriti di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pertikaian sesetengah pihak apabila Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan bayaran zakat boleh dibuat menggunakan Shopee bermula Jumaat lalu.

Melalui platform tersebut, pelanggan Shopee boleh membuat bayaran pelbagai jenis zakat termasuk zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, saham, zakat emas dan perak serta zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Artikel Berkaitan: